Hmmmm .
Pilu , sedih .
Awak , Terima kasih hadir dalam kehidupan saya . Terima kasih awak buat hari hari saya bahagia . Terima kasih jaga saya selama ini .
Awak , tak lama lagi awak akan mendirikan rumahtangga .
Mesti saya rindu text awak , rindu awak call saya .
Tambahan lagi , saya rindu panggilan yang awak selalu panggil iaitu SAYANG , SAYANGKU .
Awak mcm cepat je waktu berlalu .
Sekejap sahaja lagi .
Awak akan tinggalkan saya untuk selamanya .
Bila saat awak digelar suami , saya janji saya takkan ganggu awak .
Biarlah rindu itu saya pendamkan sendiri .
Saya jaga rindu itu agar tidak terluah dimana - mana .
Biarlah sayang itu .
Akan saya simpan .
Dan sayang tu mungkin akan hilang , akan lenyap .
Awak , seribu kali sayang .
Saya lambat hadir .
Takpe awak , Allah hanya hadirkan diri awak hanyalah sementara bagi saya .
Allah hadirkan awak mcm mcm saya lalui .
Macam macam saya rasa .
CEMBURU ...
SAYANG....
RINDU...
SAKIT HATI..
TERLUKA...
KECEWA..
Itu semua membuat saya lebih kuat . Kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang .
Awak , saya mendoakan kebahagiaan awak .
Semoga bahagia selalu disamping bakal isteri.
Awak , jangan risau .
Saya boleh jaga diri saya selepas ketiadaan awak .
Kenangan awak dengan saya biarlah saya sematkan ia dihati saya .
Pasti , RINDU :(
Cepatnya masa berlalu .
Ini takdir , ini dugaan .
Terima dengan hati yang lapang .
Agar tenang dijiwa .
Terima kasih HI .
Kalau lah awk baca ini , kalau lahh .
Saya nak awak tahu .
Maaf terlebih dahulu .
Saya sayangkan awak .
Takkan pernah saya membenci diri awak kerana diri awak telah menemani hari hari saya .
Takkan pernah kasih ini hilang .
Takkan pernah rasa benci .
TAKKAN !
Hmmmmmmmmm
sekiannnnn..................